ext2 ext3 ext4

 
Main  >  PERSIDANGAN KEBANGSAAN ‘MALAYSIA FOOD INFORMATION & TRACEABI


PERSIDANGAN KEBANGSAAN
‘MALAYSIA FOOD INFORMATION & TRACEABILITY’

“Ke Arah Pengeluaran Makanan Yang Selamat Dan Berkualiti”

Perasmian Bersama Oleh:

YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin,
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

&
 YB Dato' Sri Dr Jamaludin bin Dato’ Mohd Jarjis,
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

 

'Persidangan Kebangsaan Malaysia Food Information & Traceability’ yang telah dianjurkan pada 6th September 2007 (Khamis) di Sunway Resort Hotel & Spa adalah anjuran Jawatankuasa Projek Malaysia Food Information & Traceability (M-FIT). Persidangan ini adalah anjuran bersama Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), NetWhizz Sdn Bhd dan FoodReg Malaysia Sdn Bhd.

Kami telah berjaya mencapai tujuan utama persidangan iaitu untuk memperkenalkan Projek M-FIT dan menyediakan forum untuk setiap individu atau syarikat tempatan dan antarabangsa di dalam rantaian perbekalan makanan untuk berinteraksi dan berkongsi pandangan tentang isu-isu semasa berkaitan dengan “food traceability” di Malaysia.

Projek M-FIT merupakan “Rangkaian Maklumat Berkomputer” yang menyediakan rangkaian “traceability” produk-produk makanan daripada peringkat ladang hingga ke pengguna. Satu projek perintis selama satu tahun yang dipelopori oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) bertujuan untuk membolehkan sektor pertanian Malaysia mewujudkan nilai-nilai baru untuk meningkatkan daya-saing dalam pasaran eksport dan untuk mencapai pasaran keseluruh dunia.

Pihak yang terlibat dalam penjayaan persidangan kebangsaan ialah:

·         Jabatan Pertanian Malaysia

·         Jabatan Perikanan Malaysia

·         Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia

·         Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

·         Lembaga Pertubuhan Peladang

·         Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

·         Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

·         NetWhizz Sdn Bhd

·         FoodReg Malaysia Sdn Bhd

 
 
 
Objektif Persidangan:
 
  •  
Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang kepentingan ‘traceability’ makanan sebagai memberi nilai tambah serta daya saing dalam penghasilan  produk makanan dalam konteks tempatan dan global;
  •  
Membangkitkan kesedaran tentang pemakanan selamat menerusi Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practice - GAP) dan Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice – GMP) yang berteraskan ICT; dan 
  •  
Memberi peluang kepada peserta-peserta untuk berinteraksi dan berkongsi pandangan tentang isu-isu terkini yang berkaitan tentang ‘traceability’ di Malaysia.
 
 
Penyertaan
 
Persidangan ini telah dihadiri oleh 350 peserta yang terdiri daripada  mereka  yang terlibat dalam rantaian perbekalan makanan seperti berikut.
 
- Pihak kerajaan   - Pengurus Pengeluaran    - Pengeksport
- Pihak swasta     - Pengurus Pembelian  - Pengimport
- Pengurus Ladang    - Pengurus Pemasaran  - Pihak Perlesenan
- Pengurus Kilang      - Pemborong/Peruncit   - Pihak Antarabangsa
 
 

Persidangan  Kebangsaan “Food Information & Traceability” oleh Panel Jemputan

Persidangan yang diadakan pada sesi petang telah dijayakan oleh pihak-pihak panel jemputan yang terdiri daripada Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), The Global Food Trade Forum, Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.

Pihak M-FIT ingin mengucapkan ribuan terima-kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan persidangan ini.

 

Sila muat turun PDF di sin:

Persidangan Kebangsaan “ Food Information & Traceability ” oleh Panel Jemputan

 

 

Pembentangan Kertas Kerja

Peranan MSC Malaysia di dalam Sektor Pertanian olehMultimedia Development Corporation (MDeC) Oleh Encik Suhaimi bin Nordin, Pengurus Kanan Kluster IBB, Multimedia Development Corporation

 


 


Importance of Food Traceability in the face of globalization oleh FoodTrace oleh
Mr. Ian G. Smith, Chairman & Chief Executive, The Global Food Trade Forum

 



Isu-isu dan Cabaran berkaitan Keselamatan Makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia oleh
Puan Wee Bee Wah, Timbalan Pengarah Seksyen Industri, Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia 
 



Pembentangan Panel

Isu-isu berkaitan “Traceability” didalam Amalan Pertanian Baik (APB) untuk Pengeluaran Hasil Pertanian oleh Jabatan Pertanian Malaysia oleh
Puan Hajjah Norma Binti Othman, Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman,  Jabatan Pertanian Malaysia
 

 

 



Program Pensijilan Ladang Akua oleh Jabatan Perikanan Malaysia oleh
Encik Ismail Bin Ibrahim, Pegawai Perikanan , Bahagian Pembangunan Akuakultur , Jabatan Perikanan Malaysia
 



Isu-isu berkaitan “Traceability” dan Implikasinya terhadap pengesanan Haiwan Ternakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia oleh
YBhg. Dato' Dr. Mohd Azmie bin Zakaria, Pengarah Bahagian Pengurusan Biosekuriti & SPS, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia


 


Program Pensijilan dan Pemasaran untuk Hasil Pertanian oleh FAMA oleh
En Mansor Bin Omar, Pengarah Wilayah Tengah, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

 

 

 

© Copyright 2007. All rights reserved. Powered by